Wednesday 5 July 2017

Bubur Perak

Cuti sempena hari Raya Aidilfitri yang lepas saya berkesempatan mengunjungi gerai Bubur Perak. Bubur adalah makanan penggemar dikalangan orang melayu di malaysia ni, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis bubur di Bubur Perak ianya terletak di hadapan kompleks pertanian di Titi Gantung Perak. Bubur yang dihidangkan panas-panas dan sangat sedap dimakan, terdapat lebih kurang 12 jenis bubur yang dijual.



Monday 3 July 2017

Birthday Mak

Pada 1 Julai yang lepas adalah merupakan tarikh lahir mak saya yang ke-59 tahun, Selamat hari jadi mak....
Kami adik-beradik meyambut hari jadi mak dan membeli kek untuk dipotong, serta makan bersama-sama dengan anak-anak saudara.

kami semua sayang mak

Muzium Beruas


Muzium Beruas yang terletak di tengah-tengah Pekan Beruas ditubuhkan untuk mengumpul dan mempamerkan sejarah keagungan Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Beruas, iaitu Kerajaan Melayu Tua di pesisir pantai Negeri Perak yang telah wujud seawal abad ke-2 hingga ke-15 Masihi.


Pada 25 November hingga 25 Disember 1991, satu Projek Penelitian Sejarah Beruas telah diusahakan oleh sekumpulan penyelidik dari Muzium Negara, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil dari projek penelitian ini beberapa artifak telah ditemui dan disimpan oleh pihak Muzium Negara. Bagi mengumpul, menyelidik, memelihara, mempamerkan bahan-bahan sejarah kerajaan purba Gangga Negara dan kerajaan Beruas  sebuah muzium kekal ditubuhkan di sini.

Muzium yang dinamakan Muzium Beruas ini ditempatkan di sebuah bangunan Mahkamah lama (sebelumnya Pejabat KEMAS Kawasan Beruas) bersebelahan dengan bangunan Pejabat Pos.
Kerja-kerja pemuliharaan bangunan ini telah siap dijalankan pada awal tahun 1995 yang dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Muzium Beruas telah dibuka kepada orang ramai pada Julai 1995 dan telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak.
Muzium ini memaparkan segala maklumat yang dikumpul dan dikaji dalam bentuk artifak sebenar, peta-peta ilustrasi dan nota-nota mengenai Kerajaan Beruas.













Bahan-Bahan Sejarah

di Muzium Beruas
Koleksi barangan tembaga, tembikar dan seramik, senjata, koleksi mata wang lama, meriam, gambar peta dan lain-lain artifak.

WAKTU LAWATAN

ISNIN-AHAD   9.30 PAGI-5.00 PETANG
JUMAAT           9.30 PAGI-12.15 TENGAHARI
                           2.45 PETANG-5.00 PETANG
(Ditutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha)

MASUK PERCUMA

Wednesday 7 June 2017

Tudung Bokitta

Tudung Bokitta yang seperti di dalam gambar di atas adalah pemberian dari mak saya, tudung itu mak saya beli ketika melancong ke Vietnam bersama ayah dan adik saya dalam bulan Mei yang lepas. Masih belum mencubanya lagi kerana tidak tahu cara-cara atau teknik untuk memakainya.

Sebenarnya di sebabkan kekangan masa saya tidak berkesempatan untuk tengok video di you tube cara-cara memakai tudung tersebut. Selain itu Tudung Bokitta ini sedia untuk dipakai dan mudah, Ianya memberi keselesaan dan kecekapan untuk berhijab dengan reka bentuk yang menarik. Tudung ini juga tidak memerlukan pin yang banyak untuk memakainya.