Wednesday 31 May 2017

Majalah Sekolah


Ini adalah antara koleksi majalah sekolah yang saya ada kesemuanya saya dan adik-beradik yang punya. Saya mempunyai lima orang adik-beradik dan saya merupakan anak kedua, kami semua bersekolah di sekolah yang sama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan Perak dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga dan tingkatan empat ada yang bertukar ke sekolah Teknik. Hanya kakak saya sahaja yang bersekolah di sekolah yang sama sehingga tingkatan lima. Manakala bagi adik saya yang bongsu bersekolah di Kuala Lumpur kerana mak dan ayah bertukar kerja di sana. Saya mula memasuki tingkatan satu pada tahun 1996 sehingga tahun 1998 dan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun tersebut, ekoran dari keputusan yang tidak nak berapa cemerlang kemudian saya memilih aliran teknik dan dapat bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung, Perak. Selama dua tahun saya berada di sekolah tersebut dan dapat memiliki dua majalah STESMA. Manakala adik yang dibawah saya semasa di tingkatan empat bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar, Perak dan adik yang kedua Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash, Ipoh Perak. Manakala bagi adik saya yang bongsu ketika di tingkatan satu bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur dan seterusnya dapat menyambung pelajaran di tingkatan empat di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. Di dalam gambar saya di atas itu yang saya dapat kumpulkan untuk dijadikan koleksi dan tatapan apabila usia tua nanti untuk dijadikan kenangan dan diceritankan kepada anak cucu.








No comments: