Friday 30 December 2016

Doa Mustajab

Assalamualaikum


salam jumaat, penghulu segala hari saatnya mustajab berdoa adalah hari jumaat.

"Sebaik-baik hari di mana matahari terbit ialah hari jumaat. Pada hari itulah ia diturunkan ke atas bumi dan hari itu juga akan berlakunya kiamat. Pada hari itu juga terdapat satu waktu di mana tidak ada seorang pun Muslim yang meminta kepada Allah satu kebaikan duniawi atau pun ukhrawi, melainkan Allah mengabulkan apa yang ia minta." -Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi, dan Imam Ahmad

Ada yang berpendapat, waktu yang dimaksudkan adalah di antara subuh sehingga terbitnya matahari. Ada juga yang berpendapat, apabila tibanya solat jumaat. Ada juga pendapat mengatakan, waktu ini terletak di pertengahan khutbah jumaat sehingga khutbah selesai.

Banyak pendapat!

Pendapat yang paling baik dan paling dekat dengan kebenaran ialah waktu antara solat jumaat atau saat menjelang maghrib.

Banyaknya kesempatan jumaat yang telah saya lalaikan. terlalu lekanya saya. Astaghfirullahal azhim.


Tuesday 15 November 2016

Craft stick people

Mmm bila dah habis exam, mula la anak2 mama ni xde keje asyik duk layan movie, main game je....haa mama buat aktiviti dengan anak2, sama - sama lukis kat atas batang askrim. Makael & adam nak yang lukisan cantik je sebab diorang lukis xcantik macam mama lukis he he he.Ape ape je la sayang anak2 mama.

Thursday 10 November 2016

Lukisan Mikael

Ini lukisan anak saya yang sulung namanya Mikael, dia berumur 6 tahun dan bersekolah di Pasti Al-Amin. Apabila ambil dari sekolah masuk kereta je terus tunjuk lukisan yang dia lukis tu "Cantik tak mama kael lukis rumah, pokok, burung, kereta......cikgu ajar lukis burung yang lain tu kael lukis sendiri. Sekejap je masa berlalu dah besar anak mama, tahun depan nak masuk darjah satu. Kael nak sekolah rendah tak sabar nak masuk sekolah rendah. Semoga jadi anak yang berjaya, solleh dan bertaqwa di dunia dan akhirat. Mama sayang mikael.

Wednesday 26 October 2016

Mudahnya Menjemput Rezeki


Mudahnya Menjemput Rezeki
Penulis : Fathuri Salehuddin
Penerbit : Fathuri Salehuddin
184 mukasurat
harga : RM18
Sesungguhnya dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya. Petikan daripada buku Mudahnya menjemput rezeki, betapa mendalamnya apa yang disampaikan oleh penulis sehingga ia terkesan terhadap diri saya. "Kami tidak meminta rezeki kepadamu, kamilah yang memberi rezeki kepadamu; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa" (Thaha 20:132)

Thursday 22 September 2016

Beli buku lagi......

3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel warna
Penulis : Adlil Rajiah & Najmi Haniffah
Penerbit : Mustread Sdn Bhd

Semalam cod buku ni degan penulisnya sendiri Adlil Rajiah
"Jadilah ibu bapa yang anak anak bangga memiliki" InsyaAllah tq Adlil Rajiah
Saya sentiasa menjadi orang pertama, yang anak perlukan pada setiap masa.



Friday 16 September 2016

Mat Jenin hero rupanya....baru Ku tahu

Mat Jenin sebenarnya hero - Saiful Nang, Alhamdulillah selesai juga membaca buku ni, beli dah lama tidak berkesempatan untuk membacanya. Buku ini banyak memberi manfaat dan tunjuk ajar serta pengalaman dari Saiful Nang memang seronok membacanya. #koleksibuku

Friday 9 September 2016

UJIAN/MASHARAKAT

Nak beli buku lain terbeli buku ni plak, Ujian/Masharakat - Rafiuddin Rabu terbitan KOMRAD BUKU. Harga RM20 ai beli dekat kedai buku Popular dapat free Popclub magazine.

Thursday 8 September 2016

Salam Jumaat

Salam Jumaat penghulu segala hari, amalkan amalan sunat di hari Jumaat, antaranya mandi sunat dan potong kuku. Yang tu saya dah buat anda bila lagi.

Wednesday 7 September 2016

First Birthday Akmal Hazim

Tanggal 1september genaplah setahun usia anak mama ni, sayang busuk kemal...dah banyak akal, banyak ragam, ngada ngada semuanya ada. Semoga menjadi anak yang beramal soleh dan bertaqwa, semoga berjaya di dunia dan akhirat. Sayang anak mama.


Friday 26 August 2016

Ipad or Gopro

Assalamualaikum

fening-fening tak tahu nak beli yang mana.

nak beli ipad ke....
nak beli gopro....
nak beli ipad ke....
nak beli gopro.....

kita tunggu dan lihat apa keputusannya, tunggu....


Tuesday 23 August 2016

Kisah Orang Menang

"Kisah orang menang" ditulis oleh Saiful Nang. Buku ni memang best banyak topik-topik yang diperbahaskan, mengisahkan tentang kehidupan beliau sejak dari kecil lagi. Harga buku ini pun bebaloi RM30 sahaja yang mengandungi 447 muka surat. Bolehla anda semua dapatkannya di kedai buku yang berhampiran, saya beli buku ni di kedai buku Popular.