Wednesday 5 July 2017

Bubur Perak

Cuti sempena hari Raya Aidilfitri yang lepas saya berkesempatan mengunjungi gerai Bubur Perak. Bubur adalah makanan penggemar dikalangan orang melayu di malaysia ni, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis bubur di Bubur Perak ianya terletak di hadapan kompleks pertanian di Titi Gantung Perak. Bubur yang dihidangkan panas-panas dan sangat sedap dimakan, terdapat lebih kurang 12 jenis bubur yang dijual.



Monday 3 July 2017

Birthday Mak

Pada 1 Julai yang lepas adalah merupakan tarikh lahir mak saya yang ke-59 tahun, Selamat hari jadi mak....
Kami adik-beradik meyambut hari jadi mak dan membeli kek untuk dipotong, serta makan bersama-sama dengan anak-anak saudara.

kami semua sayang mak

Muzium Beruas


Muzium Beruas yang terletak di tengah-tengah Pekan Beruas ditubuhkan untuk mengumpul dan mempamerkan sejarah keagungan Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Beruas, iaitu Kerajaan Melayu Tua di pesisir pantai Negeri Perak yang telah wujud seawal abad ke-2 hingga ke-15 Masihi.


Pada 25 November hingga 25 Disember 1991, satu Projek Penelitian Sejarah Beruas telah diusahakan oleh sekumpulan penyelidik dari Muzium Negara, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil dari projek penelitian ini beberapa artifak telah ditemui dan disimpan oleh pihak Muzium Negara. Bagi mengumpul, menyelidik, memelihara, mempamerkan bahan-bahan sejarah kerajaan purba Gangga Negara dan kerajaan Beruas  sebuah muzium kekal ditubuhkan di sini.

Muzium yang dinamakan Muzium Beruas ini ditempatkan di sebuah bangunan Mahkamah lama (sebelumnya Pejabat KEMAS Kawasan Beruas) bersebelahan dengan bangunan Pejabat Pos.
Kerja-kerja pemuliharaan bangunan ini telah siap dijalankan pada awal tahun 1995 yang dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Muzium Beruas telah dibuka kepada orang ramai pada Julai 1995 dan telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak.
Muzium ini memaparkan segala maklumat yang dikumpul dan dikaji dalam bentuk artifak sebenar, peta-peta ilustrasi dan nota-nota mengenai Kerajaan Beruas.













Bahan-Bahan Sejarah

di Muzium Beruas
Koleksi barangan tembaga, tembikar dan seramik, senjata, koleksi mata wang lama, meriam, gambar peta dan lain-lain artifak.

WAKTU LAWATAN

ISNIN-AHAD   9.30 PAGI-5.00 PETANG
JUMAAT           9.30 PAGI-12.15 TENGAHARI
                           2.45 PETANG-5.00 PETANG
(Ditutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha)

MASUK PERCUMA

Wednesday 7 June 2017

Tudung Bokitta

Tudung Bokitta yang seperti di dalam gambar di atas adalah pemberian dari mak saya, tudung itu mak saya beli ketika melancong ke Vietnam bersama ayah dan adik saya dalam bulan Mei yang lepas. Masih belum mencubanya lagi kerana tidak tahu cara-cara atau teknik untuk memakainya.

Sebenarnya di sebabkan kekangan masa saya tidak berkesempatan untuk tengok video di you tube cara-cara memakai tudung tersebut. Selain itu Tudung Bokitta ini sedia untuk dipakai dan mudah, Ianya memberi keselesaan dan kecekapan untuk berhijab dengan reka bentuk yang menarik. Tudung ini juga tidak memerlukan pin yang banyak untuk memakainya.


Wednesday 31 May 2017

Majalah Sekolah


Ini adalah antara koleksi majalah sekolah yang saya ada kesemuanya saya dan adik-beradik yang punya. Saya mempunyai lima orang adik-beradik dan saya merupakan anak kedua, kami semua bersekolah di sekolah yang sama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan Perak dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga dan tingkatan empat ada yang bertukar ke sekolah Teknik. Hanya kakak saya sahaja yang bersekolah di sekolah yang sama sehingga tingkatan lima. Manakala bagi adik saya yang bongsu bersekolah di Kuala Lumpur kerana mak dan ayah bertukar kerja di sana. Saya mula memasuki tingkatan satu pada tahun 1996 sehingga tahun 1998 dan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun tersebut, ekoran dari keputusan yang tidak nak berapa cemerlang kemudian saya memilih aliran teknik dan dapat bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung, Perak. Selama dua tahun saya berada di sekolah tersebut dan dapat memiliki dua majalah STESMA. Manakala adik yang dibawah saya semasa di tingkatan empat bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar, Perak dan adik yang kedua Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash, Ipoh Perak. Manakala bagi adik saya yang bongsu ketika di tingkatan satu bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur dan seterusnya dapat menyambung pelajaran di tingkatan empat di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. Di dalam gambar saya di atas itu yang saya dapat kumpulkan untuk dijadikan koleksi dan tatapan apabila usia tua nanti untuk dijadikan kenangan dan diceritankan kepada anak cucu.








Hari kelima Ramadhan

Assalamualaikum...

   Hari ini merupakan hari kelima kita berpuasa di bulan ramadhan, tidak ada apa yang hendak ditulis hari ini, ok la selamat berbuka puasa bye.

Monday 29 May 2017

Kemal vs mama


Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi...he he he ada iras-iras tak. gambar diatas adalah anak ketiga saya yang sekarang berusia 1 tahun 8 bulan dan yang satu lagi gambar ketika saya berumur 2 tahun 5 bulan. Ada lagi gambar lama yang tersimpan, gambar ini saya ambil di kampung minggu lepas tujuannya nak scan dan design buat photobook.

Wednesday 10 May 2017

Pesta Buku Antarabangsa KL 2017

Pada 28 April yang lepas bermulalah pesta buku antarabangsa yang diadakan di PWTC, saya suami dan anak-anak tidak melepaskan peluang untuk pergi ke sana. Pada petang jumaat setelah urusan suami selesai kami terus ke PWTC. Antara booth yang pertama saya melawat adalah dari penerbit DUBOOK banyak buku-buku yang menarik dan dengan promosi buku yang diberi, 3 buah buku dengan harga RM50 sahaja. di booth tersebut saya membeli buku yang bertajuk Astronomi bilik mainan dan Bintang al-nilam di langit mentakab, tidak lupa juga saya membeli stiker kereta Liar & angkuh. Dan seterusnya saya pergi ke booth THUKUL CETAK terdapat buku percuma, saya dan suami sempat mengambil dan kami dapat dua buah buku percuma dari terbitan MUGABE PRESS. Saya juga sempat membeli sebuah buku yang bertajuk cerpen-cerpen bangsa patani. Sebuah lagi buku yang saya beli bertajuk Kentang terbitan ANAI-ANAI STUDIO.

 buku-buku yang dibeli

Anak-anak juga tersangat gembira kerana dapat berjumpa dengan kartun kegemaran mereka iaitu Ejen Ali, dapat bermain permainan yang di sediakan di booth Ejen Ali.




 setelah selesai melepasi game akan diberi stiker Ejen Ali

Pada petang itu juga terdapat Majlis pelancaran buku The secret by randy Pangalila pelakon Indonesia tu, rupa-rupanya dia pun ada menulis buku juga, penulisan buku tersebut yang berkaitan senaman dan diet beliau, dijual pada harga RM38 sahaja di pesta buku dan diberi percuma album beliau. Sempatlah juga bergambar dengan beliau kah..kah..kah..

Di pesta buku juga terdapat pameran buku-buku lama di tingkat dua.





Friday 5 May 2017

22 hari lagi nak menyambut bulan Ramadan


Assalamualaikum... dah lama juga tidak update blog ni, tinggal 22 hari lagi kita nak menyambut bulan Ramadan.

Tuesday 25 April 2017

Cuti-cuti

Cuti tiga hari yang lepas saya membawa anak-anak berjalan di sekitar Seri Manjung sahaja, hari Sabtu pergi Kidzoona di Aeon Seri Manjung. Hati anak-anak terasa seronok apabila di bawa pergi bermain, he he he. Harga untuk masuk RM16 boleh main puas-puas nak main satu hari pun tidak mengapa, boleh keluar sebentar untuk pergi makan atau tandas.


Alif Miakel, Arif Adam & Akmal Hazim semoga menjadi anak yang soleh dan bertaqwa di dunia dan akhirat.

Hari Isnin mama dan abah bawa pergi mandi di Teluk batik....ha ha ha yang paling seronok ialah kemal.



Thursday 20 April 2017

Menuntut Ilmu


Adab menziarahi orang sakit


  • Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.
  • Ketika berada di sisi orang yang sakit, sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan bertanya tentang penyakit dan keadaannya.
  • Mendoakan agar orang yang sakit itu cepat sembuh dengan menyebut, "semoga Allah menyembuhkan..." (sebutkan namanya).
  • Mendoakan dan menceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, rasul, nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak berasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.
  • Berikan nasihat-nasihat yangbaik serta ucapkan perkataan, "Sabarlah...sakit ini adalah salah satu ujian Allah SWT.
  • Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

Monday 17 April 2017

aKmaL hAzim


Sambut Birthday


Kad Nama

Pada hari sabtu yang lepas balik kampung terjumpa kad nama ni masih tersimpan elok lagi, teringat pula zaman persekolahan dulu. Masa zaman sekolah ada pelajar yang menjual kad nama ni dan kita akan diberi katalog yang lengkap dengan tema dan gambar yang telah disiap sediakan lengkap dengan kod-kod yang diberi. Katalong kad nama ini mempunyai pelbagai pilihan tema dan gambar yang boleh diletakkan pada kad nama. Antara yang popular ketika itu ialah Titanic, Backstreet Boys, Mickey Mouse, Dragon Ball z dan lain-lain lagi.

Thursday 13 April 2017

Mudahnya Menjemput Rezeki


Buku ini adalah buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki
Tahukah anda, untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya Menjemput Rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami 'peristiwa mendapat rezeki' daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya!

Terdiri dari 5 bab pilihan dari buku MMR edisi penuh dan beberapa bab tambahan ;

  • Strategi melunaskan hutang.
  • Melunaskan hutang dengan strategi sedekah
  • Bagaimana menjemput rezeki dengan surah Al-fatihah
  • Beberapa amalan mudahnya menjemput rezeki seperti duit, rasa tenang, kesihatan dan keselamatan.

Tuesday 11 April 2017

Ajari Aku Tentang Syurga

Ajari Aku Tentang Syurga
Penulis : Khairul Ghazali
Diterbit Oleh : Must Read Sdn Bhd
Bilangan mukasurat : 152 mukasurat
Harga : RM18.00

Buku ini mengisahkan tentang syurga, seperti mana yang kita tahu semua orang nak masuk syurga.
Jika seorang wanita pernah memiliki dua orang suami di dunia, suami yang mana akan menjadi suaminya di akhirat? Hinakah menjadi orang kaya sehingga orang miskin didahulukan masuk ke syurga? Jika persoalan ini pernah menjentik minda kita namum tidak pula kita ketemu jawapannya, jelas ada sesuatu tentang syurga yang masih belum kita tahu.
Syurga itu destinasi impian setiap insan. Indahnya syurga itu, sehingga memikirkannya sahaja sudah membuatkan kita berebut mahu berbuat pahala. Seronoknya syurga itu, sehingga membayangkannya sahaja sudah menjadikan kita tunduk patuh kepada suruhan Tuhan. Apa yang penting, pilihan terletak di tangan kita. Kenali syurga dengan sebaik-baiknya, pasti kita akan teruja untuk menggapainya.

Thursday 6 April 2017

Festival tempatan



Pada 2 April 2017 yang lepas dapat berpeluang berjumpa dengan penulis buku Rahsia Bapa Viral Kebangsaan Khairul Hakimin Muhammad di dataran Bandaraya Ipoh. Sempena tempatan festival sempat juga grab 2 buku.... dengan harga RM30 untuk kedua-dua buah buku tersebut. Yang satu lagi tajuknya Bercakap Dengan Quran ditulis oleh Syazreen Mohd terbitan Thukul Cetak, terdapat 17 tajuk dalam buku tersebut.

Tuesday 4 April 2017

Ole-ole dari Bandung

Dah lama tak update blog ni, baru berkesempatan tak de ape yang nak tulis so hari ni saya letak gambo ole-ole yang mak dan ayah saya belikan ketika bercuti di Bandung Indonesia pada bulan Feb yang lalu. Di Indonesia memang terkenal dengan kain pasang yang cantik-cantik memang rambang matalah dibuatnya....Terima Kasih Mak & Ayah kerana belikan kain pasang, kain songket, telekung, bag kulit dan sandle kulit.