Wednesday 22 February 2017

Tote Bag








Tote bag astro ni saya dapat semasa redemption astro circle, kumpul mata kat bil astro.....
tote bag yang ada gambar kartun tu dapat free beli ubat gigi darlie. Hmmm nak kumpul tote bag la plak, tapi ianya memang cantik dan sesuai untuk simpan barang-barang seperti buku.

Thursday 16 February 2017

Koleksi buku yang paling bermakna


Tora Datang Lagi
Penulis : Amirul Bozu
Penerbit :  Dubook
Bilangan muka surat : 302 muka surat

Buku ini mengisahkan kitab pengetahuan kanak-kanak 90an. Ia berupaya mengenang memori retro dengan jelas dan terperinci. Menghabiskan buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup mengikut timeline zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita imbau balik yang sudah terlupa, kita bina balik blok-blok gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya. Selapas ini kita tidak perlu bimbang jika aktiviti atau scene kanak-kanak kita terlepas dari ingatan. Simpan buku ini dan apabila hendak mengingat, bacalah. Bacalah untuk diri sendiri, bacalah untuk anak-anak dan bacalah untuk cucu-cicit di suatu masa nanti.

Monday 13 February 2017

Musim Umrah

Bulan 12,  1 dan 2 memang ramai yang pergi menunaikan ibadah umrah Kerana cuaca pada bulan tersebut sejuk dan tidak terlalu panas. Terima Kasih pada sahabatku Pn Ramlah dengan pemberian sejadah dan minyak wangi kasthuri. Insya Allah suatu hari nanti aku sekeluarga akan menjejakkan kaki ke sana.

Wednesday 1 February 2017

Malaysia Brunei & singapore Banknotes & coins

Malaysia Brunei & singapore Banknotes & coins
4th Edition, September 2008
Edited by K.N.Boon

Hari ni saya post tentang koleksi duit pula, bagi collector duit mesti dah ada buku ni... yang saya punya ni edisi lama. Kandungan buku ini terdapat mata wang lama dari tahun 1786 hingga 2008, dengan adanya buku ini dapatlah saya tahu serba sedikit sejarah duit, nak jadi collector mestilah tahu pasal sejarah duit serta gabenur-gabenur. Selain dari itu buku ini juga terdapat sejarah duit Brunei dan Singapura serta koleksi-koleksi terhad yang dijual oleh Bank Negara.