Thursday 16 February 2017

Koleksi buku yang paling bermakna


Tora Datang Lagi
Penulis : Amirul Bozu
Penerbit :  Dubook
Bilangan muka surat : 302 muka surat

Buku ini mengisahkan kitab pengetahuan kanak-kanak 90an. Ia berupaya mengenang memori retro dengan jelas dan terperinci. Menghabiskan buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup mengikut timeline zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita imbau balik yang sudah terlupa, kita bina balik blok-blok gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya. Selapas ini kita tidak perlu bimbang jika aktiviti atau scene kanak-kanak kita terlepas dari ingatan. Simpan buku ini dan apabila hendak mengingat, bacalah. Bacalah untuk diri sendiri, bacalah untuk anak-anak dan bacalah untuk cucu-cicit di suatu masa nanti.

No comments: